“Melayu Tipu Aceh”

25,593 Mangsa tsunami Aceh diarah pulang

Oleh NORLIZAABD.RAHMAN

PUTRAJAYA 25 Ogos – Seramai 25,593 rakyat Aceh yang mendapat pelindungan di Malaysia selepas bencana tsunami sejak tiga tahun lalu diarah kembali ke negara asal.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamed (gambar) berkata, perkara itu diputuskan kerajaan bulan lalu selepas Aceh kembali pulih dan membangun.

”Seramai 25,593 pemegang kad Aceh perlu mendapatkan sijil perjalanan laksana pasport (SPLP) di Kedutaan Indonesia sebelum mendaftar di depot KLIA dengan membawa tiket pulang supaya memo mendaftar keluar dapat dikeluarkan.

”Mengikut rekod, ada kad yang akan tamat tempohnya pada 27 Ogos ini dan paling lewat 2 Januari tahun depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ishak, kerajaan sebelum ini memberi tempoh dua tahun kepada rakyat Aceh bekerja di negara ini dalam pelbagai sektor tanpa dikenakan levi selepas negara itu dilanda tsunami pada 26 Disember 2004.

Pada akhir tahun lalu, kerajaan bersetuju melanjutkan setahun lagi tempoh kerana suasana pemulihan dan pembangunan di Aceh belum sempurna.

Ishak berkata, jika terlewat sehari mereka akan dikompaun RM30, enam hingga satu bulan dikompaun RM1,000 dan RM2,000 selepas melebihi satu bulan.

”Jika didenda kita akan ambil cap jari dan senarai hitamkan mereka dari masuk semula ke Malaysia,” katanya.

Tambahnya, rakyat Aceh yang mahu terus bekerja di Malaysia boleh berbuat demikian selepas kembali semula dan mengemukakan permohonan baru.

Sejak 15 Ogos lalu, Jabatan Imigresen sudah menerima 200 permohonan daripada pemegang kad Aceh untuk kembali ke negara asal.

Haba si krak sapeuë, si uroë 3 go luhô, budaya sulét.  Awai peugah di peupanyang tempo nyang mat kad tsunami, jinoë ka hana jadèh.  Haba pejabat Malaysia ka lagèë haba si pa’i Indôn. Teujalok teuh policy njan sang na diteugon lé Jawakarta atawa politék Malaysia yang mulai hana stabil?  Awak Atjèh di Malaya ladom ka gabuk karena meunjoë hana jadèh di peupanyang pakon hana di bri haba awai-awai supaya na persiapan wo.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s